SHAH ALAM: Presiden PAS Hadi Awang percaya partinya masih gagal menarik sokongan orang bukan Islam kerana komuniti itu tidak menerima maklumat yang tepat.
Beliau percaya maklumat terhad menjadi penghalang kerana tiada masalah dalam hubungan antara PAS dan masyarakat bukan Islam.
“Kita punya maklumat tak sampai kepada bukan Islam. Media sangat terbatas. Maklumat di media sosial terhad. Kita punya gerakan tak sampai ke lapangan,” katanya pada sidang media di tepian muktamar PAS ke-69.
Hadi yakin menarik sokongan orang bukan Islam tidak mustahil dan boleh direalisasikan sekiranya tidak diganggu oleh “dakyah negatif”.
“Banyak kenyataan-kenyataan disalah tafsir oleh media,” tegasnya, dan menambah jawaban-jawaban PAS terhadap serangan berdakyah “tak sempat sampai kepada masyarakat.”
Katanya, yang sedang mempersiapkan PAS untuk menghadapi PRU16, parti itu akan perbanyakkan dialog dengan masyarakat bukan Islam bagi memastikan mereka mendapat maklumat tepat.
Terdahulu, Hadi dalam ucapannya kepada para perwakilan mahu PAS mengatasi masalah gagal menarik sokongan pengundi bukan Islam, menyifatkan ia “usaha penting dan berat” yang mesti dilakukan.
Seiring mesej pimpinan yang menggambarkan PAS dan Perikatan Nasional kerajaan menanti, Hadi mengingatkan perwakilan bahawa PN gagal membentuk kerajaan meskipun kerusi yang dimenangi pada PRU15 meningkat dengan mendadak.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment