NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gagal tangani isu bekalan barang, MP Tanjung Karang minta Mat Sabu letak jawatan



Gesaan dibuat kepada Datuk Seri Mohamad Sabu supaya meletak jawatan daripada jawatan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana gagal menangani isu dihadapi rakyat ketika ini.

Ahli Parlimen (MP) Tanjung Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi berkata langkah meminta Mohamad atau Mat Sabu berundur disebabkan kegagalan demi kegagalan ditunjukkan oleh Presiden Parti Amanah dalam memastikan bekalan bahan asas keperluan rakyat sentiasa mencukupi, malah isu bekalan beras juga timbul baru-baru ini.

“Ketua parti bukanlah kriteria yang melayakkan secara automatik untuk diangkat sebagai menteri, ini jelas dengan kegagalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang kelihatan dipandu dan memandu kementerianya.

“Ini terserlah dengan isu telur dan sekarang isu bekalan beras putih tempatan.


“Jadi saya mohon menteri (Ahli Parlimen) Kota Raja untuk meletakan jawatan menteri ataupun PM perlu menggantikan beliau dengan seorang yang lebih kelayakan bagi menerajui kemeterian penting ini dan menyelesaikan isu makanan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat.

Belau menyatakan demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 hari ini.

Untuk rekod, negara sebelum ini berdepan krisis bekalan telur ayam sehingga menimbulkan keresahan orang ramai untuk mendapatkan bahan asas tersebut.

Baru-baru ini, buat kali pertama dalam sejarah berlaku isu ketiadaan bekalan beras tempatan di pasaran sehingga orang ramai merungut dan terpaksa membeli beras import yang jauh lebih tinggi harganya.

Malahan, terdapat juga aduan di setengah tempat bekalan beras terputus dan tidak dapat dibeli oleh pengguna.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo