Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) berkata, antara kehidupan marin termasuk kerang-kerangan dan siput.
“Saya juga ingin tahu apakah inisiatif kerajaan bagi membantu golongan nelayan yang terkesan supaya sumber rezeki mereka tidak terjejas, terutama pada musim tengkujuh di Kelantan, Terengganu dan negeri lain yang berkaitan,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, hari ini.
Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, kerajaan mengutamakan tadbir urus yang baik dalam industri perikanan dan akuakultur dengan meningkatkan kawasan perlindungan laut dan santuari air tawar.
Katanya, kawasan berkenaan menyediakan tempat pembiakan anak-anak ikan serta mengawal sebarang bentuk eksploitasi berlebihan. – HARAKAHDAILY 25/10/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment