NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Disyaki terima rasuah RM40,000, pegawai kementerian ditahan SPRM



PUTRAJAYA - Seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Rabu setelah disyaki menerima kira-kira RM40,000 wang rasuah sebagai balasan untuk mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat kontraktor.

Menurut sumber, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada jam 2 petang di pejabat SPRM Putrajaya, di sini.

Sumber itu memaklumkan lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2017 hingga 2020 dan wang rasuah dikesan dipindahkan ke akaun miliknya.

Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi yang mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, namun individu berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin, selepas keterangannya direkodkan. - Bernama


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo