NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......


"Di Malaysia beras tempatan masih harga terkawal“, kata Anwar



BENTONG - Harga beras putih tempatan (BPT) di negara ini tidak akan dinaikkan meskipun berlaku trend peningkatan harga beras di negara-negara jiran susulan isu kekurangan bekalan beras putih import (BPI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga BPT masih terkawal pada ketika ini susulan penambahan subsidi yang sedia disalurkan Kementerian Kewangan.

"Tentang masalah beras pagi-pagi (tadi) mesyuarat (dengan) Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian...(saya tanya) betul tak ada masalah beras?

Betul ada tempat-tempat yang ada masalah beras?


Betul tak harga beras import meningkat? (dijawab) betul.

"Presiden Indonesia umum, sebanyak 18 negara telah menghalang atau mengurangkan eksport beras.


Jadi harga beras di Singapura, Indonesia, Thailand semuanya naik.


"Di Malaysia beras tempatan masih harga terkawal...terkawal maknanya Kementerian Kewangan kena tambah wang, bagi subsidi.


"Jadi macam mana nak selesai?

Mat Sabu tanya apa keputusan?

Saya kata jangan naik harga beras (putih) tempatan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Segalanya Felda, di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini pada Isnin.

Dalam masa sama, Anwar memberitahu, kerajaan setuju menambah memperuntukkan hampir RM400 juta bagi subsidi pemberian BPI kepada premis agensi-agensi kerajaan.

Ia berikutan arahan menukar penggunaan BPT yang meliputi lima peratus kegunaan tempatan, kepada BPI bagi mengurangkan tekanan keperluan beras kepada rakyat.

"Kita akan beri subsidi kepada mereka agar lima peratus (penggunaan beras tempatan) dapat dipulangkan.

Maknanya ada lebih di pasaran.

"Keputusan dibuat hari ini.

Bila diberitahu Kementerian Kewangan ketika memeterai kontrak, beli sahaja beras import jangan beras tempatan untuk tentera, polis dan jabatan kerajaan untuk mengurangkan tekanan keperluan beras dalam kalangan rakyat.

"Berapa jumlah subsidi tambahan?

Hampir RM400 juta, ia bukan percuma," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, semua agensi kerajaan termasuk polis, tentera dan asrama sekolah akan menggunakan beras import bagi menambah bekalan BPT di pasaran

Dalam sidang media pada Isnin juga, beliau juga memaklumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 setiap tan metrik bagi BPI di Sabah dan Sarawak mulai 5 Oktober ini.

Katanya, insentif tersebut membolehkan beras putih import dijual dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram.

Ekoran keputusan itu, Anwar berkata, tempoh seminggu diberikan untuk kerajaan melihat impak daripada langkah yang diambil.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo