Shahidan Kassim dan Lee Chuan How terbabit dalam pertikaman lidah pada perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat. |
PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat pada sebelah petang dihangatkan dengan pertikaman lidah antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berkaitan isu peruntukan kepada wakil rakyat.
Pertelingkahan tercetus apabila Shahidan Kassim (PN-Arau) mengkritik rakan sejawatnya dari blok berbeza kerana terlalu memuji kerajaan perpaduan yang direstui Yang di-pertuan Agong, tetapi membisu apabila pembangkang dinafikan bantuan kewangan.
“Saya nak tanya kepada mereka (Ahli Parlimen kerajaan) apakah Agong merestui untuk mereka (kerajaan) aniaya kepada kami, Agong restu?
“Agong kata kerajaan perpaduan tanpa pembangkang tetapi peruntukan tak diberi, patut kena berlaku adil,” kata Shahidan.
Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) kemudiannya bangun membantah mengemukakan peraturan majlis kerana Shahidan telah membuat sangkaan buruk serta menggunakan nama Agong untuk mempengaruhi ucapan.
“Ucapan Arau dia kata tak ditawarkan (sertai kerajaan) sebenarnya telah ditawarkan kepada pihak sana (pembangkang sertai kerajaan) tapi mereka tak mahu sertai kerajaan perpaduan,” katanya.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor kemudian membuat keputusan sambil menyifatkan ucapan Shahidah tidak menyebut secara spesifik nama Agong dan memetik nama mana-mana Raja-Raja Melayu.
“Peraturan 36(6) dan 36(7) tak sentuh dengan spesifik nama Agong, setakat ini saya rasa tak ada nama Agong dipetik atau nama Raja-Raja Melayu di sentuh,” katanya.
Shahidan yang menyambung perbahasannya meminta Lee belajar secara lebih mendalam peraturan mesyuarat.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment