NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DBKL digesa basmi peniaga warga asing di KL

Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr. Kalai Vanar ketika hadir semasa penyerahan Memorandum Isu Lambakan Warga Asing Berniaga dan Menjaja kepada Wakil Datuk Bandar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Menara DBKL, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 OKTOBER 2023.



KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa ‘membersihkan’ dan membasmi peniaga warga asing yang semakin berleluasan di Kuala Lumpur.

Presiden Kebangsaan Nambikkai, Datuk Dr Kalai Vanar berkata, kebanyakan premis di ibu negara kini dipenuhi dengan wajah-wajah warga asing daripada Myanmar dan Pakistan yang berniaga, namun tiada penguatkuasaan dilakukan.

“Petaling Street, warga asing Bangladesh ramai berniaga, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pula ramai warga Pakistan.

“Dari sini (DBKL) menghala ke jalan-jalan ini tidak jauh, tapi bagaimanakah mereka ini mendapat kelonggaran berniaga di sana, malam ditutup untuk mereka berniaga. Takkanlah DBKL tidak nampak, mana penguatkuasaan?

“Kita mahu DBKL bertindak segera, membanteras, membasmi warga asing yang bermaharajalela berniaga di WP ini,”katanya.

Terdahulu beliau dan beberapa peniaga sekitar ibu kota hadir di Menara DBKL untuk menyerahkan memorandum.

Memorandum tersebut antara lain menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan agensi berkaitan mengambil tindakan tegas untuk memastikan warga asing tidak mengambil kesempatan untuk berniaga di kawasan-kawasan tumpuan.

Jelas Kalai, keadaan berkenaan memberi kesan negatif kepada imej Wilayah Persekutuan, sekali gus menghimpit peniaga tempatan.

Sementara itu, selain serbuan secara besar-besaraan beliau turut menggesa DBKL membatalkan lesen peniaga tempatan yang didapati menyewakan premis mereka kepada warga asing.

“Kita sangsi sesuatu sedang berlaku, baru-baru ini PM kata sesiapa warga tempatan beri ruang berniaga.

“Di Brickfields DBKL tahu apa berlaku di sana, warga tempatan nak berniaga mohon lesen sampai hari ini tidak dapat tapi warga asing tidak tahu berbahasa Melayu datang jual boleh, mana pergi undang-undang?

“Sakreteriat Basmi Lambakan PATI mahu Datuk Bandar mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), polis dan imigresen untuk segera bertindak,” ujarnya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo