NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Datuk Ahmad Yahaya kekal terajui Dewan Ulamak Pas



SHAH ALAM – Pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat bagi sesi 2023-2025 tidak menyaksikan perubahan besar dalam kepimpinan tertinggi sayap parti itu selepas hampir kesemua calon menang tanpa bertanding, hari ini.

Penyandang Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya kekal memegang jawatan itu sejak penggal lalu selepas dipilih semula menerajui sayap itu bagi sepenggal lagi.

Selain itu, Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail pula kekal sebagai Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat juga menang tanpa bertanding selepas calon-calon lain bertindak menarik diri.

Manakala Yang Dipertua Pas Kawasan Tebrau yang juga penyandang jawatan Naib Ketuanya, Khirul Muntanazar Ismail pula dilantik semula selepas menang tanpa bertanding.

Bagaimanapun, dari 12 Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat yang dipertandingkan kali ini  menyaksikan beberapa perubahan dan muka baharu selepas menang dalam pemilihan parti itu.

Antaranya muka baharu itu ialah Aminurrasyid Yatiban, Hishamudin Abdul Karim, Mohd Asri Mat Daud, Muhammad Ismi Taib, Nafiri Touzi, Nushi Mahfodz, Syarbini Hussain dan Zulkarnain Hassan.

Manakala empat penyandang jawatan itu pada penggal lalu menang semula, antaranya Ana Masturah Ismail, Ibrahim Tahir, Ibrahim Zakaria dan Massaudi Din. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo