NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP perjuang gagasan Malaysia negara sekular



SHAH ALAM: DAP secara jelas memperjuangkan gagasan Malaysia negara sekular dan Malaysian Malaysia.

“Soal yang jelas bagi DAP ialah gagasan Malaysia negara sekular dan Malaysian Malaysia,” kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, matlamat perjuangan DAP itu menjelaskan Malaysia bukan sebagai sebuah negara sekular sebagaimana didakwa parti terbabit.

Menurutnya, kalau Malaysia negara sebuah sekular mengapa perlu DAP masukkan dalam manifesto mereka mahu memperjuangkan sebuah negara sekular.

Beliau berkata, berdasar perkembangan itu menjelaskan Malaysia bukan negara sekular.

“Manifesto DAP itu mengesahkan Malaysia bukan negara sekular. Berkali-kali kita mengingatkan Islam ialah agama persekutuan sebab itu semua acara-acara rasmi mesti dimulakan dengan acara keagamaan Islam.

“Kita dapat lihat pembukaan majlis yang diadakan dengan doa. Lagi pun majoriti rakyat negara ini beragama Islam,” katanya pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim juga berkata, sejak merdeka rakyat Malaysia menerima beberapa tonggak asas termasuk Islam sebagai agama rasmi, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

“Selain itu kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan negara dan hak keistimewaan Melayu,” ujarnya.

Menurutnya, tonggak tersebut tidak boleh disentuh kerana ia bakal menimbulkan polemik.

Terdahulu Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Lim Lip Eng dilaporKAN berkata, PAS perlu menerima negara ini merupakan negara sekular yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Ketika ucapan dasar Muktamar PAS kali ke69 semalam, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS berusaha memenangi pengundi bukan Melayu pada PRU16, selepas mendapat sokongan majoriti Melayu. – HARAKAHDAILY 21/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo