NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakyah Islamofobia DAP wujudkan persepsi negatif terhadap PAS

Tuan Guru Abdul Hadi (tengah) dalam sidang media selepas ucaptama Muktamar PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, Selangor pada hari ini, 20 Okt 2023.



SHAH ALAM: DAP dianggap menggunakan dakyah Islamofobia untuk dijadikan senjata dalam mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap PAS.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu dilihat sering kali menimbulkan kekeliruan orang ramai khususnya bukan Islam bagi mempengaruhi mereka menolak PAS pada pilihan raya.

“Namun tidak mustahil sokongan kaum bukan Islam boleh direalisasikan pada masa akan datang. Kalau itu boleh dilakukan, tak kan kaum Cina tidak boleh undi calon Islam. 

“Inilah bukti maklumat kita tidak sampai kepada mereka kerana sering diganggu dakyah negatif terhadap Islam.

“Hubungan kita dengan bukan Islam tiada masalah. Ini kerana sekiranya ideologi Barat mereka boleh terima, sudah pasti bukan Islam boleh terima ideologi Islam,” katanya pada sidang media selepas ucaptama Muktamar PAS ke-69 di IDCC, di sini, hari ini.

Tambahnya, kenyataan beliau sebelum ini berkaitan bukan Islam sering disalah tafsir sehingga difahami di luar konteks. 

Menurutnya lagi, salah faham bukan Islam terhadap PAS disebabkan maklumat tidak sampai dengan baik kepada mereka dan ia hanya terhad di media sosial sahaja.

“Peranan media masih terbatas bagi menyampaikan maklumat secara tepat mengenai Islam. Selain itu gerakan penerangan tak sampai ke lapangan,” katanya. 

Menurutnya sebelum ini PAS pernah menganjur program dialog dengan pemimpin masyarakat bukan Islam.

Namun beliau berkata, program dialog yang dianjurkan PAS sering berdepan dengan halangan terutamanya ketika era pemerintahan Umno dan Barisan Nasional. 

“Zaman kerajaan Umno dahulu kita nak anjur sesi dialog di hotel-hotel tidak diberi kebenaran. Program itu disekat, dihalang sehingga akhirnya ada yang terpaksa dibatalkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keadilan pemerintahan Islam terhadap masyarakat majmuk dapat dibuktikan di negeri-negeri yang diterajui PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Di empat negeri kita perintah, boleh dilihat dengan jelas keadilan terhadap rakyat bukan Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo