NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Daiyan Trisha sumbang RM20,000 bantu Palestin



PENYANYI dan pelakon, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menyalurkan sumbangan RM20,000 kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Israel.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan itu untuk menunjukkan tanda sokongan dan solidariti yang menimpa nasib rakyat Palestin.

“Mungkin hantaran ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa, tetapi tiba masanya berdiri teguh atas prinsip dan tidak berdiam diri lagi untuk masa yang lama.

“Rezeki ada di mana-mana. ALLAH memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini.

“Di saat-saat getir ini, saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama, kepercayaan dan paling utama ialah saudara di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlakukan dengan kejam serta dirampas segala hak kemanusiaan mereka,” katanya menerusi hantaran di X pada Selasa.

Media pada Selasa melaporkan, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, angka kematian rakyat itu akibat serangan udara Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 2,808 orang.

Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 10,859 rakyat Palestin cedera dalam pengeboman Israel di kawasan pinggir laut.

Tambah Daiyan Trisha, rakyat Palestin didiamkan sementara dunia disuap propaganda zionis yang penuh dengan penipuan tidak masuk akal.

“Selama ini saya kerap bersuara dan tidak akan berhenti di sini hanya kerana diri mula diiktiraf di persada yang berbeza malah akan menyuarakan dengan lebih lantang.

“Dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. Jika ada masa yang tepat untuk bersuara dan melawan, ia adalah sekarang,” ujarnya.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo