NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cukai perkhidmatan: Kerajaan jangka terima tambahan RM3 bilion



KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan menerima tambahan sebanyak RM3 bilion hasil tahun depan melalui peningkatan lapan peratus terhadap kadar cukai perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, jumlah tersebut merupakan anggaran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF).

"Seperti mana yang telah disebut, MoF buat masa ini mengunjurkan akan menerima RM3 bilion daripada langkah berhubung dengan cukai perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas program perbincangan pasca Belanjawan 2024 di sini, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus ketika ini.


Sumber I Sinar Harian 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo