Ahli ekonomi Geoffrey Williams berkata kereta elektrik biasanya dibeli keluarga kaya untuk dijadikan kenderaan kedua atau ketiga mereka. |
PETALING JAYA: Pembelian kenderaan elektrik (EV) peribadi sepatutnya dikenakan cukai daripada mendapat manfaat daripada pengecualian duti, kata seorang ahli ekonomi.
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata EV peribadi sepatutnya dikelaskan sebagai barangan mewah kerana ia mahal untuk dibeli dan diselenggara, bermakna hanya golongan kaya di negara ini yang mampu membelinya.
Atas faktor itu, katanya, insentif cukai yang ditawarkan untuk pembelian EV tidak akan memberikan manfaat sosial yang hakiki kepada orang ramai.
“EV adalah barangan mewah sama seperti barangan mewah lain. Seringkali, EV menjadi kenderaan kedua atau ketiga untuk keluarga kaya yang memiliki kenderaan petrol atau diesel lain,” kata Williams kepada FMT.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Kementerian Kewangan mengumumkan pengecualian cukai jualan dan cukai eksais untuk EV pemasangan tempatan sehingga 31 Disember 2027.
Sementara itu, kementerian juga mengumumkan lanjutan pengecualian cukai import dan eksais untuk EV yang diimport hingga 31 Disember 2025.
EV juga dikecualikan dari cukai jalan hingga akhir 2025.
Dalam Belanjawan 2024 yang baru sahaja dibentangkan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan skim yang akan menggalakkan individu yang berpendapatan hingga RM120,000 setahun untuk membeli motosikal elektrik.
Beliau berkata skim tersebut dijangka memberi rebat sehingga RM2,500.
Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway berkata pengecualian cukai untuk EV adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan di bawah pelan hala tuju peralihan tenaga untuk beralih kepada ekonomi hijau dengan emisi karbon bersih.
Beliau berkata pengecualian cukai tersebut bertujuan untuk mempercepatkan proses peralihan, meningkatkan pelaburan EV di negara ini dan menarik pelaburan langsung asing untuk seluruh rantaian bekalan industri, termasuk pengilangan bateri.
“Mengenakan cukai (EV) adalah bertentangan dengan aspirasi jangka panjang negara untuk beralih kepada tenaga hijau, mempromosikan elektrifikasi dan mengurangkan jejak karbon kita,” kata Yeah.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment