NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cubaan provokasi pejuang Hizbullah

Anggota tentera Israel memeriksa lokasi di mana serpihan roket dilancarkan Hizbullah yang jatuh di bandar utara Kiryat Shmona bersempadan Lubnan. - Foto AFP


TEL AVIV - “Serangan bertubi-tubi dilancarkan Hizbullah berisiko menjerumuskan Lubnan ke dalam kancah peperangan."

Kenyataan berbaur ugutan itu dikeluarkan rejim Zionis pada Ahad setelah peningkatan serangan rentas sempadan yang turut meragut sejumlah nyawa dan dikhuatiri akan menyebabkan konflik terus merebak di rantau Asia Barat.

Gerakan Hizbullah yang secara terang-terangan menyokong Hamas sejak Operasi Taufan al-Aqsa dilancarkan pada 7 Oktober lalu dikatakan terus melancarkan serangan ke atas sempadan Tel Aviv.

Israel bagaimanapun tidak berdiam diri malah membalas serangan.

Rejim Zionis yang semakin takut dengan kebangkitan Hizbullah turut memindahkan 14 lagi komuniti Yahudi di kawasan sempadan.

Sebelum ini, pemimpin nombor dua Hizbullah, Naim Qassem memberi amaran mereka akan melibatkan diri dalam konflik itu jika terdapat keperluan mendesak.

"Hizbullah sedang bermain permainan yang sangat berbahaya. Mereka sengaja menyebabkan situasi semakin meruncing. Kami menghadapi serangan hampir setiap hari.

"Adakah berbaloi jika kedamaian Beirut terjejas kerana solidariti dengan pejuang di Gaza?" kata jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Jonathan Conricus.

Menerusi kejadian serangan terbaharu, IDF mendakwa mereka berjaya mengesan cubaan serangan misil antikereta kebal yang menyasarkan kawasan Avivim yang bersempadan dengan Lubnan.

Pada 2006, Hizbullah yang disokong Iran pernah terlibat peperangan dengan Israel dan turut menyebabkan lebih 1,200 termasuk orang awam terkorban. - AFP






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo