NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Che Alias antara taruhan PAS di Kemaman

Pada PRU lalu PN melalui Che Alias Hamid memenangi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi. 


SHAH ALAM: PAS mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid antara nama disenarai untuk sekali lagi dipertaruhkan pada PRK 2 Dis ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, bagaimanapun berkata parti belum membuat keputusan muktamad kerana ia perlu melalui proses tapisan Majlis Syura.

“Kita masih lagi teliti calon-calon, dia (Che Alias) salah seorang antara tersenarai sebab mahkamah buat keputusan beliau boleh bertanding.

“PAS Kawasan akan hantar nama kepada PAS Pusat. PAS Pusat akan hantar untuk ditapis oleh Majlis Syura…biasanya kawasan akan hantar minimum dua atau tiga nama.

“Kita akan minta Majlis Syura periksa dahulu kelayakan ketiga-ketiga calon ini, sekiranya layak PAS Pusat akan ‘meeting’ dari segi siapa lebih mudah akan menang,” katanya pada sidang media sempena Muktamar PAS.

Semalam, Presiden PAS Hadi Awang menepis desas-desus bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) PRK Kemaman.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan PRU15 Parlimen Kemaman terbatal dan tidak sah, selepas menerima dakwaan berhubung sogokan semasa tempoh berkempen untuk meraih undi bagi calon PN.

Pada PRU lalu, PN melalui Che Alias menang bergaya dengan majoriti 27,179 undi, selepas meraih 65,714 untuk menewaskan Barisan Nasional (38,535), Pakatan Harapan (8,340) an Pejuang (506).


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo