NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Bukan semua mampu’, Sanusi tolak idea apung harga beras tempatan



SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor tidak setuju harga beras putih tempatan (BPT) diapungkan seperti dicadangkan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani.

Katanya, tindakan pengapungan harga dikhuatiri menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar tidak mampu membeli bahan makanan itu.

“Harga beras tempatan RM2.60 sekilogram (kg) sekarang pun, ada yang bergelut untuk beli.

“Bukan semua orang ada kemampuan, orang pekan (bandar) bolehlah beli, orang kampung tak boleh, kedai runcit biasa jual sekilo-sekilo. Jadi kalau diapungkan, saya takut lebih ramai tidak mampu beli beras tempatan lagi,” katanya ketika ditemui pada Muktamar PAS ke-69.

Sebelum ini, Johari mencadangkan kerajaan mengapungkan harga BPT iaitu tidak menyekatnya dengan harga siling RM2.60 setiap kg.

Katanya, tindakan melepaskan harga kawalan kepada pasaran akan membantu menstabilkan semula bekalan BPT dalam pasaran untuk tempoh jangka pendek dan sederhana.

Sementara itu, Sanusi menghargai keputusan kerajaan menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan metrik pada pembentangan Belanjawan 2024 minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu belum memadai memandangkan kos bahan operasi penanaman padi terlalu tinggi.

“Terima kasih sebab naik juga RM100 tapi tak cukup, saya harap boleh lebih daripada itu. Sebab sebelum ini harga belian RM1,700 boleh pula, kalau naikkan sampai RM1,700 apa salahnya,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo