NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Buang Israel dari PBB – Mukhriz Mahathir



  • Israel patut disingkirkan dari menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) susulan kekejamannya mengebom hospital di Gaza dan membunuh 500 warga Palestin, semalam, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
  • “Pengeboman Israel ke atas Hospital Baptist di Gaza merupakan satu lagi sebab mengapa dunia mesti mengisytiharkan Israel sebagai negara penyangak yang mesti diusir daripada PBB. 
  • “Berapa banyak lagi kekejaman Israel yang mesti kita saksikan sebelum kita bertindak?” kata Mukhriz menerusi hantaran di platform X, tengah hari tadi.
  • Muhkriz yang juga bekas Ahli Parlimen Jerlun dan Menteri Besar Kedah merupakan antara sebilangan kecil pemimpin Malaysia yang pernah memasuki Gaza untuk melihat sendiri keadaan warga Palestin yang dikepung Israel di wilayah itu sejak 2007.

KUALA LUMPUR – Israel patut disingkirkan dari menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) susulan kekejamannya mengebom hospital di Gaza dan membunuh 500 warga Palestin, semalam, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, insiden pengeboman hospital itu menjadi sebab utama kenapa tindakan itu perlu disegerakan kuasa-kuasa dunia.

“Pengeboman Israel ke atas Hospital Baptist di Gaza merupakan satu lagi sebab mengapa dunia mesti mengisytiharkan Israel sebagai negara penyangak yang mesti diusir daripada PBB. 

“Berapa banyak lagi kekejaman Israel yang mesti kita saksikan sebelum kita bertindak?” kata Mukhriz menerusi hantaran di platform X, tengah hari tadi.

Muhkriz yang juga bekas Ahli Parlimen Jerlun dan Menteri Besar Kedah merupakan antara sebilangan kecil pemimpin Malaysia yang pernah memasuki wilayah konflik Gaza untuk melihat sendiri keadaan warga Palestin yang dikepung Israel sejak 2007.

Sekurang-kurangnya 500 rakyat Palestin terbunuh dalam insiden letupan di Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza semalam, yang menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin berpunca daripada serangan udara Israel.

Letupan itu merupakan insiden berdarah paling teruk di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti ke atas wilayah berpenduduk padat itu.

Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap tindakan pejuang Hamas merentas dan menyerang kawasan pendudukan haram Israel pada 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Sumber: X – Mukhriz Mahathir





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo