NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN pertahan Pelangai dengan majoriti menurun

Kiraan akhir SPR mendapati BN meraih 7,324 undi berbanding PN yang peroleh 4,375 undi.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan DUN Pelangai pada pilihan raya kecil kali ini namun dengan majoriti undi lebih rendah berbanding pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon BN Amizar Abu Adam menang dengan kelebihan 2,949 undi untuk menewaskan pencabar daripada Perikatan Nasional, Kasim Samat, dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Pada PRU15, BN memenangi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, meskipun tewas di peringkat Parlimen Bentong.

Kiraan akhir mendapati BN meraih 7,324 undi berbanding PN yang peroleh 4,375 undi dan calon bebas yang meraih 47 undi.

SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini sebanyak 72.12% daripada 16,383 pengundi berdaftar.

Prestasi BN menjadi perhatian selepas keputusan PRU15 dan PRN enam negeri, namun kemenangan di Pelangai diramalkan oleh para penganalisis.

Kemenangan ini merupakan yang ketiga buat gandingan BN-Pakatan Harapan, selepas PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor.

Pilihan raya ini diadakan susulan kematian penyandang, Johari Harun, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos.

Kawasan dengan penempatan Felda dan perkampungan tradisional ini disifatkan sebagai kubu kuat BN, yang tidak pernah tewas di situ sejak 1986.

- FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo