NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN akui kesukaran menang di PRK Kemaman, mahu fokus kurangkan majoriti

Pada PRU15, Che Alias Hamid (dua dari kiri) daripada PN menang dengan majoriti 27,179 undi di Kemaman dalam pertandingan empat penjuru termasuk membabitkan Ahmad Said. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu bertanding di PRK Kemaman walaupun peluangnya tampak sukar, namun boleh ‘berbangga’ jika mampu mengurangkan majoriti besar Perikatan Nasional (PN) pada PRU15, kata penganalisis politik.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata dalam suasana politik yang dinamik, BN perlu tampil dengan strategi baharu walaupun keputusan PRN Ogos lalu menyaksikan penguasaan PAS yang menang kesemua kerusi DUN termasuk di Kemaman.

“Sasarannya untuk menang tapi kali ini kalau tak mereka boleh beri tamparan (kepada PAS) melalui anjakan sokongan pengundi kembali kepada BN, itu boleh dibanggakan,” katanya kepada FMT.

Semalam, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata parti itu kini lebih berhati-hati untuk bertanding PRK Parlimen Kemaman dan mengakui fikirannya terganggu memandangkan BN pernah tewas dengan majoriti besar di kawasan itu.

Pada PRU15, Che Alias Hamid menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut membabitkan bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said dari BN.

Namun kemenangannya dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya. PAS tidak merayu keputusan itu.

Sementara itu, Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya pula berpandangan BN tidak boleh menyerah dengan mudah namun perlu membuat penilaian dari aspek calon jika kekalahan pada pilihan raya disebabkan Ahmad atau lebih dikenali Mat Said.

“Mereka perlu lihat kelemahan sebenar bila berlaku kekalahan agak teruk. Kalau sebab Mat Said ganti calon lain…tetapi jika sebaliknya beliau boleh kekal.

“Bergantung kepada analisis dalaman parti barulah memberi keadilan kepada semua,” katanya


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo