NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Biar industri teraju latihan TVET, kata MEF



PETALING JAYA: Persekutuan majikan menggesa pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) diterajui industri demi memastikan graduan mempunyai kemahiran menepati keperluan pekerjaan.

Sistem Latihan Dual Nasional ketika ini menetapkan 70-80% latihan praktikal dilakukan di tempat kerja dengan baki 20-30% di institusi teknikal.

“Pengajar TVET kurang latihan praktikal dan pengalaman dalam industri, justeru ada keperluan melakukan kerjasama rapat dengan rakan industri, dan latihan praktikal perlu dilakukan di tempat kerja,” kata Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Syed Husman kepada FMT.

Sistem Latihan Dual Nasional diperkenal pada 2005 bertujuan membangunkan kemahiran menerusi skim perantis TVET berstruktur yang dijalin bersama industri, yang dimulakan dengan syarikat berkaitan kerajaan.

Syed Hussain berkata, peruntukan RM6.7 bilion dalam Belanjawan 2023 menyumbang peningkatan dalam latihan teknikal dan vokasional, namun lebih banyak lagi perlu dilakukan kerajaan.

“Peralatan di institusi TVET awam perlu dinaik taraf untuk membolehkan pelajar merasai pengalaman peralatan dan mesin baharu di institusi TVET sendiri,” katanya.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), William Ng berkata, kekurangan kakitangan teknikal berkemahiran terutama juruteknik dan jurutera, menjejaskan banyak perniagaan kecil.

Ng menyeru lebih banyak dana diperuntuk untuk meningkatkan kualiti keseluruhan institusi TVET untuk memenuhi permintaan buruh berkemahiran. Katanya, majikan lebih mengutamakan menggaji graduan TVET kerana mereka mempunyai pengetahuan praktikal.

“Kami juga mencadangkan kerajaan membiayai bersama yuran TVET dengan PKS terpilih supaya pelajar B40 mampu mengikuti kursus,” katanya.

Beliau berkata, pembiayaan bersama membolehkan peralihan lancar pelajar B40 daripada pendidikan ke pekerjaan, sekali gus menangani kekurangan buruh berkemahiran dalam PKS.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo