NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beri diskaun PTPTN ikut kemampuan peminjam, KJ gesa kerajaan

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa diskaun kepada peminjam PTPTN yang membayar pinjaman diteruskan dan dilakukan secara progresif. 


PETALING JAYA: Kerajaan disaran wujudkan sistem diskaun berdasarkan kemampuan untuk membantu peminjam bergaji rendah melunaskan pinjaman PTPTN.

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa diskaun kepada peminjam yang membayar pinjaman diteruskan dan dilakukan secara progresif.

“Kalau syarikat-syarikat besar boleh dapat ‘haircut’ daripada bank untuk pinjaman mereka, apatah lagi mahasiswa yang baru nak bekerja dan gaji mereka pun tak tinggi dengan tekanan kos sara hidup dan sebagainya,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap.

Kata Khairy, menerusi sistem diskaun berdasarkan kemampuan, peminjam akan mengemukakan pendapatan mereka sebelum PTPTN memutuskan kadar yang perlu dibayar.

“Mereka boleh hantar slip gaji dan sebagainya (kalau) kekal pada paras rendah untuk setahun dua, mungkin boleh difikirkan soal diskaun.

“Harap belanjawan yang akan datang meneruskan pemberian diskaun tetapi dengan modal yg lebih progresif,” katanya.

Rabu lalu, Menteri Pendidikan Tinggi Khaled Nordin berkata pihaknya tidak bercadang meneruskan pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Bagaimanapun, katanya perkara itu tertakluk kepada keputusan dibuat Kementerian Kewangan.

Susulan itu, kumpulan mahasiswa menyeru KPT semak semula cadangan itu kerana membebankan peminjam yang berdepan situasi ekonomi semasa.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo