NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2024 tidak hargai keringat pesawah



KOTA BHARU: Impian pesawah untuk menikmati semula harga belian padi RM1,700 satu tan tidak menjadi kenyataan apabila kerajaan hanya menetapkan lantai belian padi RM1,300 per tan.

Kadar harga itu tidak jauh berbeza dengan harga belian ditetapkan pengilang sekarang iaitu RM1,250 satu tan yang diturunkan kira-kira dua minggu lepas.

Kadar ditetapkan kerajaan pada Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini hanya RM1,300.

Ini bermakna berlaku kenaikan harga lantai sebanyak RM50, jauh daripada sasaran yang dihasratkan pesawah iaitu lebih kurang RM1,500 bagi setiap tan metrik.

Menurut Perdana Menteri kerajaan memutuskan untuk meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan demi membantu pendapatan pesawah.

Katanya, langkah tersebut dibuat susulan rungutan pesawah yang berhadapan dengan masalah jualan padi.

“Saya mendengar rungutan pesawah apabila harga belian oleh pengilang diturunkan kepada minimum RM1,200 per tan.

“Sedangkan sebelum ini harga belian oleh pengilang jauh lebih tinggi,” katanya ketika membentang Bajet 2024.

Sebelum ini pesawah mendesak kerajaan nenaikkan harga belian kepada kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,700 sebelum ini.

Timbalan Exco kerajaan negeri Abdul Rahman Yunus berkata, impian pesawah untuk menikmati semula harga belian padi pada harga yang setimpal tidak menjadi kenyataan.

Katanya, pesawah terpaksa menanggung kenaikan kos input pertanian yang semakin tinggi termasuk baja, racun dan upah membajak.

“Dalam situasi kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras import sepatutnya kerajaan memberi tumpuan membantu pesawah memandangkan mereka penyumbang utama pengeluaran padi negara,” katanya di sini.

Seorang pesawah di Pasir Mas, Othman Zakaria, 60 turut kecewa kerana impian mereka supaya kerajaan menaikkan harga belian padi lebih munasabah tidak menjadi kenyataan.

Menurutnya bajet 2024 nampaknya tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi pesawah, di mana ia menggambarkan kerajaan seperti tidak menghargai keringat mereka. – HARAKAHDAILY 13/10/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo