Katanya, belanjawan kali ini tidak diyakini mampu membantu mengatasi masalah rakyat yang susah, malah peruntukan yang sangat besar, iaitu sebanyak RM385.8 bilion hanya menambah beban hutang negara yang kini mencecah kira-kira RM1.5 trilion.
“Anehnya, kenapa peruntukan untuk Sabah menurun dari lapan peratus (2023) kepada tujuh peratus dan Sarawak tujuh peratus turun kepada enam peratus.
“Tiada inisiatif berjimat cermat atau berhemah yang terangkum dalam persediaan menghadapi situasi ekonomi yang lebih sukar dan getir lagi mencabar menjelang tahun 2024.
“Pengurangan cukai hiburan seolah-olah kerajaan Madani bersedia atau bersetuju menggalakkan secara lebih terbuka serta bersikap liberal kepada dunia hiburan dalam dan luar negara,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Zulkafperi berkata, kos barang keperluan yang mahal dan keterjaminan makanan yang tidak menentu sangat menghimpit rakyat, malah tiada sebarang tindakan balas positif atau peruntukan khusus dalam belanjawan kali ini.
“Ini termasuk barang-barang keperluan asas kecuali di bawah kawalan, tetapi bekalan sentiasa terhad atau hampir langsung tiada menyebabkan rakyat sama ada suka atau tidak terpaksa membeli yang ‘kayangan’.
“Apabila minyak paket tiada, kena beli minyak botol. Apabila gula putih RM2.85 tiada, terpaksa beli gula premium berharga RM4.85 dan apabila beras tempatan tiada, sudah tentu kena beli beras import,” katanya. –HARAKAHDAILY 16/10/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment