NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bacaan kedua RUU kawal produk merokok minggu depan



PETALING JAYA: Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada 10 Okt, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

“Pembentangan bacaan kedua RUU di Parlimen suatu bentuk komitmen berterusan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat dilindungi daripada bahaya produk merokok,” katanya dalam kenyataan.

RUU itu dibentangkan untuk bacaan pertama pada 12 Jun lalu dan kemudian dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan untuk dibincangkan, diteliti, dan disokong secara dwipartisan.

Jawatankuasa itu juga mengadakan beberapa siri mesyuarat dan libat urus bersama pihak berkepentingan, dan KKM menerima baik semua syor yang dicadangkan olehnya.

“KKM ingin menyeru seluruh lapisan masyarakat termasuk Ahli-ahli Parlimen, individu, ibu bapa, guru dan tokoh-tokoh masyarakat bersama sama memainkan peranan dan menyokong usaha KKM dalam membentangkan RUU ini dengan menyuarakan sokongan,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo