KUALA LUMPUR – Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa esok.
Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun hingga 31 Okt 2025.
Azmir Saifuddin yang berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom memulakan kerjayanya di Bahagian Kreatif Multimedia Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.
“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas yakin Azmir Saifuddin mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment