NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apungkan harga beras putih tempatan – Johari



KUALA LUMPUR – Punca kekurangan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran hari ini  kerana perbezaan harga yang begitu ketara di antara harga beras putih import (BPI) dengan harga BPT yang dikawal harganya pada kadar RM26.00 setiap kampit 10 kilogram (kg).

Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata, sebelum ini harga BPI yang diimport dari luar negara seperti India, Thailand dan Vietnam lebih murah daripada harga BPT.

Namun jelas beliau, apabila harga BPI meningkat kerana India menghalang eksport beras putih ke seluruh dunia, harga sekampit 10kg beras BPI meningkat kepada RM35 ke atas.

“Ini menyebabkan bukan sahaja pengguna membeli BPT tetapi juga peniaga-peniaga restoran dan makanan membeli BPT yang menyebabkan berlakunya kekurangan BPT dalam pasaran.

“Sebelum ini BPT sebenarnya tidak pernah mencukupi untuk memenuhi keperluan penggunaan dalam negara dengan kadar sara diri atau selfsufficiency ratio bagi beras di negara kita hanyalah pada kadar 62.6 peratus dan kadar kebergantungan import atau import dependency ratio adalah pada kadar 37.4 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Bajet 2024 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, beliau mencadangkan kerajaan mengapungkan harga beras putih tempatan tanpa menyekat harga dengan harga siling RM2.60 setiap
kilogram dalam sesi penerangan oleh menteri berkaitan isu beras, pada minggu lalu.

Beliau berkata, melepaskan harga kawalan kepada pasaran akan membantu menstabilkan
semula bekalan BPT dalam pasaran untuk tempoh jangka pendek dan
sederhana.

Ujarnya, sebarang kesan kenaikan harga BPT kepada kumpulan berpendapatan
rendah dan menengah rendah bolehlah dikurangkan dengan kerajaan menambah bantuan tunai terus kepada kumpulan yang terjejas ini.

“Malah saya yakin perbelanjaan bantuan tunai akan lebih rendah daripada
jumlah subsidi yang disebabkan oleh kawalan harga yang ditetapkan
kerajaan kerana terlalu banyak kesan negatif kawalan harga ke atas semua peringkat bekalan beras dalam negara.

“Hari ini kita dengar ada pengilang yang menyorokkan stok beras mereka dan
puncanya adalah kerana kawalan harga yang menggalakkan mereka untuk tidak membungkus dan mengedarkan beras kepada pemborong.

“Jika kawalan harga ini dapat dilepaskan, saya yakin isu stok beras disorok tidak akan timbul. Jika Kerajaan tidak mahu harga BPT naik keterlaluan dengan peniaga
mengambil untung berlebihan, kerajaan bolehlah memastikan perkara ini
tidak berlaku melalui kawalan anti-pencatutan yang memantau pengambilan
keuntungan berlebihan oleh peniaga,” katanya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo