Kepulan asap di bahagian utara Semenanjung Gaza akibat serangan udara Israel, di lokasi yang tidak didedahkan berhampiran sempadan Gaza- Israel pada Ahad. 29 Okt 2023. (FOTO: EFE/EPA)

SEMENANJUNG GAZA: Konflik Israel-Hamas yang tercetus sejak 7 Okt tahun ini dengan cepat menjadi detik pembunuhan beramai-ramai bermula serangan balas dari udara oleh Angkatan Tentera Israel (IDF) yang mengebom bertalu-talu kediaman penduduk awam di Semenanjung Gaza.

Serangan tenrera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza kali ini adalah yang paling dahsyat dalam lima peperangan yang berlaku antara kedua-dua pihak sejak Hamas merampas kawalan Semenanjung Gaza pada 2007 daripada Pihak Berkuasa Palestin.

Serangan udara Israel yang  tidak henti-henti menyerang Semenanjung Gaza dengan serangan udara  itu telah menyebabkan kemusnahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, meratakan seluruh kawasan kejiranan negara itu.

Berikut adalah gambaran jumlah korban perang setakat Ahad (29 Okt) lalu, yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Gaza dan pegawai Israel serta pemerhati antarabangsa dan kumpulan bantuan:

  • 1,400 didakwa terbunuh di Israel 
  • 8,005 rakyat Palestin terkorban di Gaza
  • 116  rakyat Palestin terkorban di Tebing Barat
  • 5,431 didakea rakyat Israel cedera
  • 20,242 rakyat Palestin yang cedera di Gaza
  • 2,000  rakyat Palestin cedera di Tebing Barat
  • 250,000  penduduk Israel didakwa  dipindahkan
  • 1.4 juta  penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza
  •  27,781 unit kediaman musnah di Gaza
  • 239 askar  dan orang awam didakwa menjadi tebusan di Gaza; 4 tebusan telah dibebaskan 
  • 117 trak bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza

(Sumber: Laporan AP, Kementerian Kesihatan Gaza, Angkatan Tentera Israel (IDF), Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, Bulan Sabit Merah Palestin) 


Sumber |  HARAKAHDAILY