Seramai 30 individu lebih yang didakwa sebagai penyokong dan ahli UMNO yang disisihkan parti itu memilih untuk menyertai PAS.
Langkah ahli akar umbi itu ekoran tidak berpuas hati dengan langkah UMNO yang kini menjadi rakan kepada musuh lama, DAP dan menipu ahli-ahli kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun sebelum ini bersumpah tidak bekerjasama.
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Kasim Samat berkata, bekas ahli UMNO yang mendakwa terdapat antara yang disenarai hitam oleh parti selain dianak tirikan tekad memohon borang keahlian dan menyertai PN secara sukarela tanpa paksaan.
”Borang keahlian yang mereka isi, bukan kita isi dan bukan paksa.
Kalau ikut maklumat akan nama mereka ditiadakan dalam sistem. Pada peringkat awal yang jumpa saya 30 orang, namun masih ada serahan, ada adik beradik keluarga,” katanya dipetik laporan media.
Terdahulu, ahli UMNO tersebut menemui Cikgu Kasim di Laman Tok Sanny di Kampung Chemomoi hari ini.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Kasim dicabar calon UMNO-Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).
Menurut Kasim, penyertaan ahli UMNO itu dalam PAS merupakan isyarat bahawa keberanian mereka terserlah dengan menolak kepimpinan parti.
”Ini tanda mereka dah dapat maklumat yang sebenar merupakan isyarat kepada kepimpinan UMNO dalam seminggu ini, kalau keberanian bermula mereka akan ikut,” katanya lagi.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment