KUALA LUMPUR: Tiada tindakan terhadap Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz berhubung dakwaan beliau menghisap vape dalam Dewan Rakyat pada 19 Sept lalu.
Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu memberitahu beliau menerima surat pemberitahuan daripada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini yang memberitahu dakwaan berkenaan tidak dapat disahkan.
“Speaker menulis berdasarkan semakan dan penelitian saya (Johari) tidak dapat mengesahkan Yang Berhormat (YB) hisap rokok elektronik di Dewan Rakyat.
“Oleh itu tiada tindakan diambil,” katanya di Dewan Rakyat sebelum Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi membawa usul mengecam serangan Israel ke atas Palestin baru-baru ini.
Tiada pengesahan lanjut daripada Johari memandangkan ketika itu persidangan dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor.
Pada 22 Sept lalu, Ikmal memohon Johari memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) bagi melihat sama ada beliau menghisap vape atau tidak.
Sebelum ini, Ikmal menafikan dakwaan menghisap vape di Dewan Rakyat susulan gambarnya tular di media sosial, sebaliknya mendakwa apa dipegangnya ketika itu adalah pen.
Gambar itu diambil jurugambar perdana menteri ketika Ikmal keluar dari Dewan Rakyat.
Sementara itu, Ikmal berkata jurugambar terbabit seharusnya dipanggil memberi penjelasan dan menasihatkan mana-mana pihak tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak jelas.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment