Khoo Poay Tiong, yang juga naib pengerusi DAP Melaka, sebelum ini berkhidmat sebagai Adun Ayer Keroh selama dua penggal. |
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka (MPAM) yang baharu.
Beliau dipercayai dilantik memegang jawatan itu bulan lepas.
Ketika dihubungi melalui WhatsApp mengenai pelantikan ini, Khoo mengesahkannya dengan menjawab “ya”, sebelum menambah “(MPAM) bukan GLC (syarikat berkaitan kerajaan)”.
Semakan di laman web rasmi MPAM turut mendapatinya namanya disenarai sebagai pengerusi.
Khoo mengambil alih jawatan yang sebelum ini disandang oleh ahli jawatankuasa pusat MCA Koh Chin Han.
Naib pengerusi DAP Melaka itu sebelum ini berkhidmat sebagai Adun Ayer Keroh selama dua penggal selepas memenangi kerusi itu pada PRU 2008 dan 2013.
Pada PRU14 (2018), Khoo memenangi kerusi Parlimen Kota Melaka dan mempertahankannya pada PRU15 November lepas.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment