NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adam Adli dulu pejuang mansuhkan PTPTN, tapi sekarang selesa dalam kerajaan – Shahir



KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) terkilan dengan cadangan Belanjawan 2024 berhubung diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ini kerana, potongan yang diberikan adalah terendah berbanding ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Najib Razak dan bekas perdana menteri lain sebelum ini, kata Ketuanya, Shahir Adnan.

Justeru, beliau menggesa agar Pengerusi PTPTN memberikan data tepat berkenaan pembayaran balik pinjaman itu oleh anak muda dengan menggunakan diskaun yang diberikan kerajaan.

Katanya, tindakan mengurangkan kemudahan diskaun ini bakal memberikan impak negatif kepada golongan graduan kerana ia tentunya membebankan.

“Adam Adli (Ketua Angkatan Muda Keadilan), yang dulu pejuang pelajar untuk memansuhkan PTPTN, kini selesa berada di dalam Kerajaan, nampak membisu berkenaan isu sama pada hari ini.

“Ini adalah satu tindakan zalim kepada para graduan yang baru mula bekerja. Tentunya kesan langsung akan mempengaruhi kewangan graduan. Pada masa yang sama, SST dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus tahun hadapan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Shahir berkata, ketika di era pentadbiran Najib potongan yang diberikan ada 20 peratus bagi penyelesaian penuh, manakala, 15 peratus bagi bayaran kurang 50 peratus.

Beliau mendakwa, dalam Belanjawan 2024, semuanya pukul rata dengan jumlah diskaun yang rendah, hanya 10 peratus diskaun diberikan bagi penyelesaian penuh dan bayaran kurang 50 peratus.

“Kalau dahulu, bagi pinjaman RM20,000, lepasan graduan dapat menikmati potongan RM4,000. Kini, semuanya berkurang separuh.

“Kerajaan pada masa yang sama memberikan diskaun duti hiburan daripada 25 peratus kepada hanya 10 peratus untuk artis luar negara.

“Dimanakah keadilan waktu anak muda terpaksa bayar hutang dengan lebih tinggi, manakala artis luar dikurangkan membayar cukai kepada negara.

“Keutamaan Kerajaan nampaknya agak tempang dalam menitikberatkan orang luar berbanding anak muda rakyat Malaysia,” tambahnya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo