- Semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak muda dalam kalangan sahabat Nabi sangat tinggi, namun anehnya ada kelompok Islam hari ini yang ingin memadamkan semangat dan kefahaman jihad diperintahkan Allah dalam al-Quran.
- Melontarkan pandangan itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berasa hairan bagaimana seorang Muslim boleh menolak proses penghayatan ruh jihad ke dalam jiwa anak-anak Muslim.
- Sanusi turut mempersoalkan sama ada kelompok itu bersetuju dengan bukan Islam yang memandang negatif terhadap urusan jihad atau ada dalam kalangan Muslim sendiri sebenarnya menyokong agenda Yahudi.
- “Tahukah anda bahawa Saidina al-Zubair bin al-Awwam pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin al-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun? Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera,” katanya menerusi hantaran di Telegram pada Ahad.
- Beliau mengulas isu segelintir golongan liberal yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah kerana merasakan ia hanya akan melahirkan ekstremisme dalam kalangan kanak-kanak.
KUALA LUMPUR — Semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak muda dalam kalangan sahabat Nabi sangat tinggi, namun anehnya ada kelompok Islam hari ini yang ingin memadamkan semangat dan kefahaman jihad diperintahkan Allah dalam al-Quran.
Melontarkan pandangan itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berasa hairan bagaimana seorang Muslim boleh menolak proses penghayatan ruh jihad ke dalam jiwa anak-anak Muslim.
Sanusi turut mempersoalkan sama ada kelompok itu bersetuju dengan bukan Islam yang memandang negatif terhadap urusan jihad atau ada dalam kalangan Muslim sendiri sebenarnya menyokong agenda Yahudi.
“Begitu tinggi semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak-anak muda dalam kalangan sahabat Nabi ini. Anehnya kita pada hari ini ingin pula memadamkan semangat dan kefahaman jihad yang telah pun diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran.
“Tahukah anda bahawa Saidina al-Zubair bin al-Awwam pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin al-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun? Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera.
“Al-Imam al-Zahabi merekodkan: “Daripada Urwah, sesungguhnya al-Zubair akan menunggang bersama anaknya Abdullah bin al-Zubair pada hari perang Yarmuk ketika usianya 10 tahun. (Siyar A’ lam al-Nubala),” katanya menerusi hantaran di Telegram pada Ahad.
Beliau mengulas isu segelintir golongan liberal yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah kerana merasakan ia hanya akan melahirkan ekstremisme dalam kalangan kanak-kanak.
Sanusi berkata masyarakat Muslim perlu mengetahui bahawa Rasulullah SAW menanamkan semangat jihad dalam jiwa anak-anak.
Beliau berkata sebelum berlangsungnya perang Uhud, Rasulullah menolak ramai anak-anak yang belum mencapai usia 15 tahun untuk menyertai jihad, termasuk Usamah bin Zaid, Abdullah bin Umar, al-Barra bin Azib dan ramai lagi.
“Perhatikan bagaimana jiwa anak-anak muda ini berkobar-kobar untuk menyertai jihad. Tahukah anda bahawa Saidina Samurah bin Jundub telah pun ditolak untuk menyertai jihad sebelum berlangsungnya perang Uhud kerana usianya yang muda?
“Namun beliau tetap merayu agar diberikan peluang dan akhirnya Rasulullah membenarkan setelah beliau mempamerkan kehebatan bertarung di hadapan Rasulullah,” katanya yang turut memuat naik tangkap layar hantaran Facebook peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim yang mengulas pelaksanaan program itu.
Membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Siti Kasim memuat naik beberapa foto tangkap layar guru berkongsi momen murid sekolah menggayakan serban menutup wajah dan ikat kain di kepala yang tertera sokongan untuk Palestin berserta senjata replika.
“Ini adalah salah satu sebab kami membantah idea oleh kerajaan Madani ini untuk mengadakan apa yang dipanggil Solidariti dengan Palestin di sekolah.
“Adakah kita melatih Jihadis sekarang di sekolah kita? Ada apa dengan senjata dan semua? Kelihatan cikgu itu cukup bangga dengan dirinya. Saya tidak pasti sama ada ibu bapa mereka menyedari perkara ini. Ini sakit! Benar-benar menjijikkan,” katanya dalam hantaran Facebook pada Jumaat.
Terdahulu, KPM melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin termasuk pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti berbentuk ekstremisme dan keganasan.
KPM turut mengesahkan video tular di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan ditetapkan kementerian. — The Merdeka Times
Sumber : Telegram Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Facebook Siti Kasim
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment