NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 pemimpin Muslimat PAS Sungai Petani maut dalam kemalangan

Kemalangan maut membabitkan tiga pemimpin Muslimat PAS berlaku di Behrang, Perak. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Tiga perwakilan Dewan Muslimat PAS Sungai Petani maut dalam kemalangan jalan raya selepas menghadiri perasmian muktamar parti itu pagi tadi.

Mangsa maut dikenali Ketua Muslimat PAS Sungai Petani Taibah Sulaiman, Ketua Ameerah Fatihah Nabilah dan Penolong Setiausaha Muslimat Najihah Amzi.

Kemalangan dilaporkan berlaku di Behrang, Perak, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan perkara itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Moga ahli keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran atas ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo