Sebelum ini, seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pendakwah terbabit. |
PETALING JAYA: Dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual melibatkan pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kedua-dua kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada jabatan itu untuk tindakan lanjut.
“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, menurut Berita Harian.
Dilaporkan sebelum ini, seorang wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pendakwah terbabit.
Ebit Lew kemudiannya turut membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.
Susulan itu, polis merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.
Rakaman percakapan itu direkodkan di IPK Selangor bagi siasatan lanjut.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment