PAS lebih terbuka dan amalan demokrasi dalam parti itu subur walaupun sudah diputuskan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi parti itu, kata Afnan Hamimi Taib Azzamudden.
Naib Ketua Pemuda PAS itu membalas kritikan daripada pemimpin UMNO berhubung keputusan tiada pertandingan yang dimuktamadkan semalam, walhal umum mengetahui bagaimana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecat semua pencabarnya sebelum berlangsung pemilihan parti lalu.
“Yang cadang supaya jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan adalah perwakilan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) sendiri.
“Maksudnya, UMNO sendiri yang menghalang ahlinya mencalonkan diri atau calon lain untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Kena kekal sokong Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada walaupun ada ahli tak suka,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, UMNO memecat bekas ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan menggantung beberapa pemimpin lain, antaranya bekas naib presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Khairy sebelum ini menyatakan hasrat untuk mencabar jawatan Presiden yang disandang Zahid.
Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, PAS tidak menyekat pertandingan bagi lima jawatan tertinggi parti itu dan ia berbeza dengan UMNO yang mengambil tindakan terhadap ahlinya yang mahu melawan Zahid.
“Berbeza dengan PAS. Tiada apa-apa halangan bagi sesiapa sahaja menjadi calon untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan mana-mana jawatan dalam parti. Semua ahli bebas menjadi calon, dicalonkan dan bertanding.
“Setelah tempoh pencalonan ditutup, hanya ada seorang sahaja calon untuk Presiden dan Timbalan Presiden. Difahamkan calon tunggal itu ialah penyandang yang ada sekarang. Maknanya ahli masih suka dan setuju dengan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada,” ujarnya lagi.
Ujarnya lagi, UMNO tidak mengamalkan prinsip keterbukaan dan demokrasi apabila dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang tidak sehaluan dengan Zahid.
“Berbeza dengan UMNO, dua jawatan utamanya tidak dipertandingkan walaupun ada orang lain nak jadi calon lawan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada.
“Kesimpulan, PAS terbuka dan ada demokrasi,” ujarnya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment