NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno akan lenyap jika terus bekerjasama dengan DAP, kata penyokong kuat Najib

Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen DAP 2023 pada 10 September di Putrajaya. Seorang pemimpin Umno telah memberi amaran kepada parti itu bahawa sebarang usaha membentuk gabungan dalam kerajaan persekutuan hanya akan menyukarkan parti Melayu itu untuk keluar daripada masalah politik semasa.


Seorang penyokong setia bekas perdana menteri yang sedang menjalani hukuman penjara Najib Razak menggesa Umno untuk mengehadkan kerjasamanya dengan DAP, mengatakan sebarang usaha membentuk gabungan dalam kerajaan persekutuan hanya akan menyukarkan parti Melayu itu untuk keluar daripada masalah politik semasa.

Isham Jalil, yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, berkata parti itu terdesak untuk mendapatkan semula kepercayaan ahli akar umbi berikutan tindakannya mengadakan kerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. 

Isham berkata keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pulai dan Simpang Jeram baru-baru ini adalah petanda parti itu akan lenyap dalam pilihan raya umum akan datang, sambil memberi amaran bahawa tiada parti boleh bertahan tanpa sokongan daripada ahli akar umbinya.

"Jika parti hilang akar umbi, parti itu tidak lagi relevan dan umpama hidup segan mati tak mahu. Kita tidak boleh berada dalam keadaan ini. 

“Kita perlu kembalikan akar umbi kita dan keyakinan mereka terhadap kita dan bukan dengan cara memaksa mereka, lebih-lebih lagi menyuruh mereka menyimpang dari perjuangan asas," kata Isham, yang dipecat sebagai ketua penerangan Selangor sebelum dilantik oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ke dalam Majlis Tertinggi parti itu tahun lepas.

Pada 10 September, Zahid dan beberapa pemimpin kanan Umno menjadi delegasi pertama dari parti itu menghadiri konvensyen DAP. 

Acara itu diadakan sehari selepas PH memenangi dua PRK itu dengan bantuan daripada pemimpin Umno, memastikan kerusi itu dipertahankan untuk satu penggal lagi walaupun berlaku pemindahan sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional (PN). 

PH mengekalkan kerusi Pulai dan Simpang Jeram, meskipun dengan majoriti undi lebih rendah. 

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional, berkata gabungannya mengambil "langkah proaktif" bagi memastikan pemindahan sokongan kepada calon PH.

Isham berkata adalah tidak masuk akal untuk Umno mendakwa ia memperjuangkan orang Melayu pada masa yang sama bekerjasama dengan DAP.

"Perjanjian retorikal supaya DAP tidak sentuh hak-hak orang Melayu adalah tidak bermakna jika mereka terang-terang kata yang mereka akan teruskan Malaysian Malaysia. 

"Suatu hari apabila mereka berkuasa dan mempunyai lebih banyak kerusi dan kita pula bergantung harap kepada undi mereka, saya tidak terkejut jika mereka melaksanakan agenda perjuangan Malaysian Malaysia mereka ini. 

“Ini mudarat besar kepada orang-orang Melayu," tambahnya. 

"Ketika itu sudah terhantuk barulah kita tergadah. Apabila ini berlaku, nasi sudah menjadi bubur."

Isham berkata kerjasama dengan DAP hanya sekadar untuk mengekalkan kerajaan persekutuan, mengatakan ini adalah cara Umno bergabung dengan PN pada masa lalu, tanpa sebarang kerjasama pilihan raya.


Sumber I MalaysiaNow 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo