NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuntutan maritim China ancam keselamatan makanan negara, kata penganalisis

China mahu terus mengukuhkan tuntutannya di perairan Laut China Selatan (Gambar AP)


PETALING JAYA: Keselamatan makanan negara mungkin berdepan risiko susulan tindakan China menceroboh zon ekonomi ekslusif Laut China Selatan untuk Sabah dan Sarawak, kata penganalisis.

Pada 28 Ogos, Beijing mendedahkan peta standard China 2023 yang menuntut kawasan signifikan perairan Malaysia dekat Sabah dan Sarawak atau “sembilan garis putus” sempadan maritimnya di lautan tersebut.

Peta itu juga menuntut sebahagian besar kawasan lautan sebagai milik maritim China.

Pada 2016, mahkamah antarabangsa menolak tuntutan China – yang mana bertindih dengan Vietnam, Malaysia, Brunei, Taiwan, dan Filipina – sebagai tidak punya asas perundangan. Beijing bagaimanapun menolak keputusan itu.

Yazid Zul Kepli dari Universiti Islam Antarabangsa, berkata Malaysia bergantung kepada perairan yang menjadi pertikaian untuk menampung permintaan makanan laut tempatan dan menyokong industri perikanan.

Katanya, tuntutan China akan memberi kesan negatif kepada kehidupan nelayan tempatan dan mengancam sumber signifikan makanan.

“Pertikaian berkenaan boleh menjejaskan aktiviti perikanan dan mewujudkan ketidaktentuan kepada nelayan kita, terutama mengekang mereka masuk ke kawasan dipertikai, sekaligus memberi kesan terhadap hasil tangkapan dan keselamatan makanan keseluruhannya,” kata pakar maritim itu kepada FMT.

Tangkapan haram

Yazid berkata, kehadiran kapal asing termasuk dari China menjurus aktiviti perikanan haram, tidak terkawal, dan tidak dilaporkan (IUU) di Laut China Selatan.

Katanya, aktiviti IUU menjejaskan kemampanan sumber marin dan mengurangkan sumber ikan negara.

Yazid menggesa kerajaan memperkasa nelayan tempatan di dua negeri berkenaan bagi mereka melaksanakan tangkapan laut dalam mengelak sumber bernilai diambil kesan aktiviti IUU.

Saluran diplomatik

Salawati Mat Nasir dari Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata China telah membuktikan kehadiran mereka di lautan itu dengan membina pulau buatan di kawasan dipertikai.

Katanya, laporan pada 2021 oleh agensi kawalan pantai Amerika Syarikat menunjukkan rakyat China secara aktif melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia.

Bagaimanapun, Salawati berkata Malaysia sentiasa kekal mempertahankan kawasan perairan negara menerusi hubungan diplomatik menerusi perundingan belakang tabir.

“Utusan kita di Wisma Putra melakukan yang terbaik memastikan perundingan dengan China memihak Malaysia. Mereka juga membantu China terbuka untuk berdialog bersama Malaysia.

“Kita perlu faham negara sedang berdepan dua kuasa besar, China dan Amerika Syarikat. Kita perlu menelusuri perkara ini berhati-hati,” kata ahli akademik berkait undang-undang antarabangsa.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo