NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teo dipilih ketua Wanita DAP baharu

Selain Teo Nie Ching, Yeo Bee Yin pula dilantik timbalan ketua wanita DAP manakala naib disandang Young Syefura Othman dan Kasthuri Patto.  (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, dipilih ketua Wanita DAP yang baharu menggantikan penyandangnya, Chong Eng pada kongres sayap itu hari ini.

Chong, bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam dilantik sebagai penasihat sayap itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dipilih sebagai timbalan ketua Wanita, jawatan naib disandang Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman serta bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, menurut Berita Harian.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, pula tersenarai sebagai ahli jawatankuasa.

Semua jawatan dipilih tanpa pertandingan selepas hanya 15 pencalonan diterima untuk 15 jawatan dalam barisan kepimpinan sayap wanita parti itu.

Ditemui media, Teo berkata beliau akan memberikan fokus untuk memperkasa wanita DAP dengan memastikan mereka diberi layanan sama rata di semua peringkat parti.

“Jika wanita ada wakil di semua peringkat kepimpinan, maka lebih mudah perjuangan dan pemerkasaan wanita dapat dilaksanakan,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo