SHAH ALAM - Kesal telefon bimbit dirampas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ketika disiasat, seorang bekas menteri bertekad untuk mengurangkan hantaran di aplikasi X.
Datuk Mohd Zaid Ibrahim mendakwa, telefon pintar miliknya diambil bagi tujuan siasatan, namun hanya dikembalikan selepas setahun.
Jelasnya, ia menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan hampir RM5,000 untuk membeli yang telefon baharu.
"Saya akan kurangkan hantaran mulai sekarang bukan kerana takut dengan mereka (SPRM), tetapi setiap kali disiasat, telefon akan dirampas dan harganya mahal," katanya menerusi hantaran di aplikasi X, pada Isnin.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mengambil keterangan Mohd Zaid susulan kenyataannya berkenaan isu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam pada itu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu beranggapan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil seorang yang memperjuangkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Saya tidak pernah terfikir kemungkinan untuk dia (Fahmi) menjadi pembela seksyen berkenaan secepat ini apabila beliau mempunyai kuasa. Tetapi saya rasa (fikir) kita semua berubah," ujarnya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment