NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak perlu kerajaan perpaduan di Johor, DAP diberitahu

Naib Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching berkata tiba masa kerajaan Johor menimbangkan penubuhan sekretariat kerajaan perpaduan, namun Ketua Pemuda Umno negeri Noor Azleen Ambros berpandangan tiada keperluan mewujudkannya.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda Umno Johor berpandangan tiada keperluan mewujudkan kerajaan perpaduan di negeri itu seperti ditubuhkan di peringkat pusat.

Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, berkata tumpuan penuh seharusnya diberikan terhadap menyelesaikan masalah rakyat, khususnya membabitkan kos sara hidup dan kekurangan bekalan makanan.

“Saya tidak rasa itu yang rakyat negeri ini mahukan. Mereka sebaliknya harapkan pemimpin dan orang politik fikir soal bekalan makanan dan keperluan asas yang tak cukup, soal beras serta bagaimana kerajaan nak uruskan secara efektif kos sara hidup.

“Jadi orang politik, saya minta cukup-cukuplah kita bincang pasal tubuh jawatankuasa yang hanya fokus kepada agihan kuasa sesama sendiri. Apa yang mustahak adalah rakyat mahu dengar dan tahu apa tindakan diambil orang politik,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, soal cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan di negeri itu hanya untuk menguntungkan kelompok elit politik yang sedang berkuasa.

Beliau berkata, matlamat penubuhan kerajaan perpaduan di peringkat pusat telah tercapai, manakala kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga dilaksanakan dalam PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, baru-baru ini.

“Kita boleh perkukuh kerjasama melalui titik persamaan yang ada ketika ini tanpa perlu mewujudkan sekretariat kerajaan perpaduan peringkat negeri. Jangan terbelenggu dengan soal itu sangat,” katanya.

Sabtu lalu, Naib Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, berkata sudah tiba masa kerajaan Johor menimbangkan penubuhan sekretariat kerajaan perpaduan peringkat negeri mengambil kira keserasian makin mendalam antara PH dan BN.

Beliau berkata, ia merujuk kerjasama dua gabungan berkenaan pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram bulan lalu.

Teo, yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP berkata status PH di negeri itu masih lagi “pengimbang”.

Dalam PRN Johor pada Mac 2022, BN mencatat kejayaan besar apabila menang 40 daripada 56 DUN. PH menang 10 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) meraih tiga kerusi.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo