NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajuddin, Bung dipanggil PAC perjelas isu Felcra

Tajuddin Abdul Rahman dan Bung Moktar Radin akan memberi keterangan Isnin depan.


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas pengerusi Felcra Bhd Tajuddin Abdul Rahman dan Bung Moktar Radin bagi membantu siasatan terhadap pengurusan syarikat kerajaan persekutuan itu.

Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, berkata bekas Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Kinabatangan itu akan memberi keterangan Isnin depan.

“Dua bekas pengerusi Felcra ini akan memberi keterangan dan penjelasan berhubung isu pengurusan Felcra yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat PAC di Parlimen.

Beliau berkata, PAC sudah mengadakan tiga prosiding berkenaan isu itu iaitu pada 27 Jun, 6 Julai dan terbaharu pada 23 Ogos.

Pada Februari, Felcra dilaporkan gagal menjelaskan tunggakan hutang berjumlah RM312.22 juta pada 2021, meningkat daripada RM82 juta tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata PAC turut menggesa kerajaan mempercepatkan proses menyahklasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek tukar tanah Kementerian Pertahanan.

“Jika proses menyahklasifikasi laporan itu dipercepatkan maka PAC akan dapat meneliti semula laporan berkenaan memandangkan kerajaan kerugian lebih RM500 juta selain kedudukan strategik pertahanan terjejas.

“Selepas laporan JKSTUPKK Tukar Tanah ini dinyahklasifikasi, PAC akan memulakan prosiding berhubung isu ini bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Katanya, beliau telah memohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada Jun lalu dan hanya mendapat jawapan perkara itu akan disemak Jabatan Peguam Negara.

Namun, sehingga kini tiada sebarang perkembangan baharu.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo