NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq dakwa projek bina dewan sekolah ‘disekat’ selepas isytihar jadi pembangkang

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman umum keluar blok kerajaan sebagai protes keputusan mahkamah membabitkan Zahid Hamidi.


KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mendakwa ada ura-ura pembinaan empat dewan sekolah di kawasannya akan dihentikan selepas beliau menjadi wakil rakyat pembangkang.

“Di Muar kita telah luluskan pembinaan empat dewan baru bukan milik Syed Saddiq (tetapi) milik cikgu, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah daripada satu generasi ke generasi yang lain.

“Saya dengar hanya kerana saya memilih ke pihak pembangkang walaupun perkara ini dah diluluskan bulan-bulan yang lepas, ada ura-ura bahawa mereka ingin menyekat dan memberhentikan pembinaan dewan baru ini,” katanya membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat.

Syed Saddiq yang juga presiden Muda bagaimanapun tidak mendedahkan bukti untuk menyokong dakwaannya.

Ahad lalu, Syed Saddiq mengumumkan keluar daripada blok kerajaan sebagai membantah keputusan melepaskan tanpa membebaskan Presiden Umno Zahid Hamidi dalam 47 pertuduhan kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Mahkamah pada 4 Sept lalu melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo