Rafizi Ramli berkata kaedah atau mekanisme subsidi bersasar sama ada menerusi pindahan tunai atau pemberian kad akan diputuskan dari semasa ke semasa. |
KUALA LUMPUR: Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun depan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata jangka masa itu ditetapkan setelah tempoh percubaan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dilaksanakan November ini, sebelum dibuka kepada orang ramai untuk pengesahan kedudukan sosioekonomi mereka pada Januari depan.
“Kaedah atau mekanisme sama ada menerusi pindahan tunai atau pemberian kad akan diputuskan dari semasa ke semasa kerana keutamaan pada masa ini untuk memastikan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah lengkap,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 15 Mei lepas, Anwar yang juga menteri kewangan bersetuju menubuhkan Padu untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.
Anwar berkata sistem itu akan membantu kerajaan memastikan sebarang program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam kalangan penerima isi rumah yang layak.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment