KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Tipper Malaysia menyeru kerajaan mengemas kini garis panduan had berat muatan yang boleh dibawa oleh kenderaan perdagangan itu agar ia selari dengan perkembangan teknologi automatif.
Presidennya, Datuk Michael Loo Leep Chye berkata, garis panduan yang diguna pakai sekarang kali terakhir dikemas kini pada 2018 dan ketinggalan zaman serta tidak selari dengan teknologi automotif yang semakin canggih.
Garis panduan yang jelas membolehkan pengusaha lori menolak permintaan pelanggan yang mahu mereka membawa muatan yang melebihi had dibenarkan, katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Katanya, lori pada masa kini boleh membawa muatan antara 30 hingga 45 tan dengan selamat berbanding had berat muatan antara 24 hingga 30 tan yang dibenarkan sekarang.
Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan libat urus mengenai hal berkenaan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 2020 dan data-data mengenai isu berkenaan telah dikumpul oleh jabatan itu tetapi tiada keputusan dicapai setakat ini.
"Kami (persatuan) berharap pihak kementerian terutamanya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk melihat isu ini dan memberi perhatian sewajarnya," katanya. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment