NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Setakat formula masak dan makan di rumah itu biasa biasa,” MKT UMNO sindir menteri ekonomi PKR



Rafizi Ramli disindir rakan parti dalam satu kerajaan campuran kerana masih gagal mencari formula ekonomi yang dapat membantu rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi melemparkan kritikan terhadap Menteri Ekonomi PKR dalam kenyataan terbaharu di akaun media sosialnya dan menyindir kenyataan dibuat baru-baru ini yang menggesa rakyat makan di rumah jika mahu berjimat-cermat.

“Rafizi masih gagal menawarkan formula luar biasa untuk ekonomi rakyat.

“Setakat formula masak dan makan di rumah itu biasa biasa,” katanya dalam kiriman di Facebook.

Puad merujuk kepada kenyataan Rafizi baru-baru ini yang mengaitkan masalah kewangan yang dihadapi rakyat Malaysia dengan “ketagihan” untuk makan di luar.

“Di negara lain, makan di luar dilihat sebagai perkara riadah. Kita membelanjakan lebih banyak wang untuk membeli bahan mentah, memasak, dan memakannya, sekali-sekala, kita akan keluar (untuk makan),” katanya kepada portal berita pro-kerajaan Malaysiakini.

Rafizi juga menyalahkan “dasar masa lampau” untuk beralih daripada pertanian serta pengangkutan awam yang lemah, yang katanya memaksa isi rumah untuk terus hidup dengan membeli makanan.

“Ia juga mengenai masa yang diluangkan oleh orang ramai untuk pergi dan balik dari tempat kerja, dan berapa banyak masa yang ada apabila mereka pulang dari kerja untuk menyediakan makanan.

“Jadi ini semua perkara yang saya fikir adalah akibat yang tidak diingini daripada banyak dasar masa lalu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tahun lalu, Rafizi juga berkata orang ramai harus mengelak daripada membeli ayam apabila harga ayam meningkat sehingga mencetuskan kecaman di media sosial.

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet bertiup kencang tahun ini, ketika kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghampiri ulang tahun pertamanya.

Sekiranya berlaku perubahan, Puad berkata Rafizi perlu ditukarkan ke Kementerian Pelancongan.

“Elok Rafizi diberi peluang kemuka ‘formula pelancongan’ pula.

“Mana tahu berkesan. Mungkin Rafizi akan jadi menteri pelancongan terbaik.”

Puad juga mengkritik Rafizi pada Jun lalu, menyebabkan perang mulut dengan Asyraf yang berkata sebarang kelemahan adalah kerajaan adalah tanggungjawab kolektif.

Beliau berkata pemimpin Umno yang mengkritik gabungan kerajaan yang menjadi sebahagian daripadanya adalah sama seperti “menembak kaki sendiri”.

Tetapi dalam respons tegas kepada Asyraf, Puad mempersoalkan sama ada Rafizi tidak boleh dikritik, dan mengingatkan bagaimana timbalan presiden PKR itu pernah “menghasut”.

“Apa maksud tembak kaki sendiri? Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan?

“Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi,” tambahnya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo