NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Senada dengan MP DAP, Pemuda Umno gesa benarkan perhimpunan PN



PETALING JAYA: Pemuda Umno senada dengan gesaan Ahli Parlimen Bangi dari DAP Syahredzan Johan supaya polis membenarkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengadakan perhimpunan aman “Selamatkan Malaysia” dijadualkan esok.

Ketuanya Dr Akmal Saleh menegaskan semua pihak mempunyai hak berhimpun secara aman yang dijamin dalam Perlembagaan negara.

“Maka perhimpunan yang ingin dianjurkan Pemuda PN pada esok hari selagi ia dilakukan secara aman, sepatutnya dibenarkan sama seperti himpunan sebelum ini.

“Jika mereka merasakan perhimpunan itu adalah baik dan mendatangkan faedah untuk rakyat, itu hak mereka,” katanya di Facebook.

Akmal berkata rakyat mampu menilai sendiri sama ada perkara itu mendatangkan faedah kepada mereka atau hanya sekadar kepentingan politik individu.

Semalam, Syahredzan menggesa perhimpunan Pemuda PN itu dibenarkan selagi berlangsung secara aman dan juga selaras perjuangan Pakatan Harapan (PH).

Ketua pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari berkata perhimpunan “Selamatkan Malaysia” di Kampung Baru itu diadakan bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskan Presiden Umno Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkaitan kes Yayasan Akalbudi.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo