NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas perang mulut dengan Anwar, Radzi jadi ahli politik PN terbaru bakal dipanggil SPRM?



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin berhubung siasatan yang dilancarkan baru-baru ini, hanya beberapa hari selepas wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu terlibat dalam insiden perang mulut dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

"Sesiapa yang terlibat kita akan panggil. Tapi berhubungan Radzi, kita tidak tolak kemungkinan akan panggil dia, tapi bukan sekarang.

"Kita akan panggil ramai saksi, dan dapatkan bukti daripada IO (pegawai penyiasat) dulu," katanya kepada Astro Awani. 

Siasatan SPRM dipercayai ada kaitan dengan penahanan dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada Radzi berhubung dakwaan rasuah membabitkan kontrak percetakan buku bernilai RM80 juta ketika menerajui Kementerian Pendidikan. 

Tuduhan itu mula tular di media sosial apabila penyokong Pakatan Harapan (PH) mengecam Radzi ekoran perang mulut dengan Anwar pada 19 September lepas, yang berakhir dengan beliau dan ahli Parlimen PN lain keluar sebagai protes terhadap keengganan speaker Dewan Rakyat untuk menegur perdana menteri.

Radzi berang dengan kenyataan Anwar, yang juga ahli Parlimen Tambun kerana menuduh beliau terlibat dengan rasuah. 

Speaker Johari Abdul berkata tidak ada keperluan untuk Anwar menarik balik kenyataan itu jika beliau yakin dengannya, menyebabkan Radzi yang marah menjerit "Saya yakin Tambun peliwat", merujuk kepada sabitan ke atas perdana menteri sebelum ini.

Radzi bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbaru terhadapnya, sambil berkata isterinya turut diheret ke dalam perkara itu.

"Apa yang hendak dilakukan daripada fitnah itu ialah untuk membunuh karakter saya," katanya dalam satu video yang dimuat naik.


Sumber I MalaysiaNow 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo