Amirudin Shari berkata perobohan Stadium Shah Alam dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya awal November ini selepas kebenaran merancang diluluskan. (Gambar Wikipedia) |
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk merobohkan Stadium Shah Alam yang bakal digantikan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata perobohan stadium itu dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya awal November ini selepas KM diluluskan.
“Sememangnya (perobohan) stadium akan bermula tahun ini. Kalau tidak awal, mungkin akhir Oktober, kalau tidak awal November. Ini sasaran kami.
“Insya Allah, tahun ini akan mula perobohan dan 2026 (KSSA) akan siap. Itu sasaran kita,” katanya mengulas perkembangan terkini proses pembangunan KSSA selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di sini.
Jun lalu, media kerajaan Selangor dilaporkan sudah menghantar permohonan KM bagi melaksanakan perobohan stadium itu.
Amirudin berkata, ia berikutan Stadium Shah Alam merupakan struktur besar dan banyak proses perlu dilihat serta diteliti.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment