Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas kenyataan Puad Zarkashi berhubung keputusan Muda keluar kerajaan. |
PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau bukan “pak turut”, kata presiden Muda itu menjawab kritikan pemimpin Umno mendakwa tindakan partinya keluar kerajaan sebagai helah menuntut jawatan dalam kerajaan.
Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Muar itu menegaskan sekiranya beliau inginkan kedudukan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim, sudah tentu beliau hanya berdiam diri.
“Jadi ‘Pak turut’ bukan (keperibadian) Syed Saddiq,” katanya di Instagram sambil menyertakan tangkap layar laporan FMT berhubung kenyataan Puad itu.
Puad dilaporkan berkata tindakan Syed Saddiq meninggalkan blok kerajaan adalah “helah” untuknya menuntut jawatan dalam kerajaan dan Anwar tidak harus tunduk kepada desakan pemimpin parti yang hanya mempunyai satu kerusi Parlimen.
Sementara itu, Syed Saddiq berkata perjuangan melawan rasuah sejak 2015 juga menyebabkan beliau melepaskan pelbagai peluang seperti biasiswa RM500,000 melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford selain pendapatan sebagai pensyarah sambilan, pegawai penyelidik dan pelatih debat.
“Tahun 2020 bila Sheraton berlaku, ditawarkan jawatan menteri dan GLC, saya tolak di atas faktor prinsip,” kata bekas menteri belia dan sukan di era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad itu merujuk kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun itu.
Semalam, Syed Saddiq mengumumkan Muda secara rasmi keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang kuasa ketiga, tindakan itu sebagai protes keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.
Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan menormalisasikan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment