NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Rider' tular motosikal disita didakwa Disember ini





SEREMBAN - Penghantar makanan yang videonya tular berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya di Nilai baru-baru ini akan didakwa di mahkamah Disember depan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya telah memerintahkan lelaki berusia 26 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tiada insurans.

"Kami hanya mengambil tindakan mengikut undang-undang.

"Tetapi pemuda itu boleh mengambil semula motosikalnya selepas fail siasatan telah dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Kisah Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar mendapat perhatian selepas videonya berdurasi 18 saat tular hingga mengundang simpati warganet yang turut mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukannya.

Bagaimanapun media melaporkan pemuda itu mengakui kesalahan dilakukan dan menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Sebelum itu juga, Hanif Yusabra dalam satu kenyataan memaklumkan cukai jalan motosikal ditunggang Muhammad Shahrul Shah didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

Menurutnya, tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.



Sumber I Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo